Kedah Belasah Terengganu 3-0

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 11:52 PM

(Ubah saiz teks)

KEDAH berjaya memastikan tempat ketiga kedudukan Liga Super milik skuad itu apabila membenam Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu malam.

Kedah yang turun dengan misi tiga mata penuh merehatkan dua pemain import iaitu Liridon Krasniqi dan Bang Seung Hwan.

Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak merencatkan kemampuan Kedah kerana mempunyai skuad pemain muda berkaliber.

Malah pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu turut diperkuatkan oleh dua penyerang import berpengalaman iaitu Thiago Augusto dan Shane Smeltz.

Ternyata momentum kemenangan Kedah berjaya dikekalkan apabila pasukan hijau kuning tidak menunggu lama untuk melakukan serangan dan memberi tekanan kepada skuad tuan rumah.

Pasukan pelawat hampir mendapat gol pembukaan pada minit kelapan hasil hantaran lintang Farhan Roslan, namun tandukan Augusto melewati palang gol Terengganu.

Jaringan yang ditunggu penyokong Kedah akhirnya muncul pada minit ke-13 apabila hantaran cantik Syazwan Zainon dari sebelah kiri padang permainan Terengganu berjaya ditanduk masuk oleh Augusto.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad tuan rumah kembali mengatur serangan bagi menyamakan kedudukan namun berjaya disekat oleh barisan pertahanan Kedah.

Namun, Terengganu hampir mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-38, malangnya tandukan Ashaari Samsudin melepasi tiang kanan Kedah.

Bersambung babak kedua, Kedah yang ingin mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga liga kembali mengasak kubu tuan rumah.

Pada minit ke-63, penyerang berpengalaman Kedah, Shane Smeltz menghadiahkan gol kedua selepas mendapat hantaran Augusto.

Bagaikan belum puas dengan dengan dua jaringan Kedah terus mengasak bagi mendapatkan gol ketiga menerusi gandingan dua penyerang import.

Ketika permainan berbaki 10 minit, pasukan pelawat berjaya mendapatkan gol ketiga menerusi Augusto yang merupakan pinjaman dari Felda United.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga perlawanan ditamatkan oleh pengadil permainan.

Kedah bakal bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia minggu depan.

Tags / Kata Kunci: Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan