Anthony Martial Tidak Beraksi Menentang Leicester City - Bola Sepak | mStar

Anthony Martial Tidak Beraksi Menentang Leicester City

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 7:34 AM

Anthony Martial terpaksa keluar padang kerana kecederaan kepala ketika pasukannya menentang Watford, minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Manchester United, Anthony Martial tidak akan bermain dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City kerana mengalami kecederaan.

Pemain berusia 20 tahun itu telah berlanggar kepala dengan pemain pertahanan Watford, Daryl Janmaat yang menyaksikan United kalah  3-1, hujung minggu lalu tetapi dia tidak diturunkan bukan disebabkan insiden tersebut.

Dia sempat berada di atas padang selama hampir 10 minit sebelum akhirnya dibawa keluar padang.

Pemain Perancis ini juga tidak terlibat ketika pasukannya menang Piala EFL ke atas Northampton Town malam Rabu.

Terbaru, pengurus Jose Mourinho telah mengesahkan bahawa dia tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang juara liga, Leicester City pada Sabtu.


Mourinho telah mendedahkan bahawa Martial belum bersedia untuk perlawanan di Old Trafford kerana kecederaan betis, bukan gegaran seperti yang diperkatakan.

"Martial tidak akan bermain. Anda salah kerana anda kata ia disebabkan gegaran," kata Mourinho memetik thesun.co.uk

United juga mungkin akan bermain tanpa Luke Shaw dan Henrikh Mkhitaryan, manakala Phil Jones sudah pasti diketepikan.

The Red Devils akan mencari jalan mencipta kemenangan menentang juara setelah mengalami kekalahan berturut-turut di tangan Manchester City dan Watford dalam dua perlawanan terakhir liga.
Tags / Kata Kunci: Anthony Martial , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan