Zlatan Ibrahimovic Sombong, Mudah Dikawal - Bola Sepak | mStar

Zlatan Ibrahimovic Sombong, Mudah Dikawal

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic disifatkan sebagai seorang pemain yang sombong dan memudahkan pertahanan Watford, Miguel Britos mengawalnya.

Pemain Uruguay itu berjaya membataskan pergerakan Ibrahimovic baru-baru ini sekaligus memastikan United tewas untuk kali ketiga berturut-turut.

Dalam perlawanan itu, Watford menang bergaya 3-1 untuk meletakkan skuad bimbingan Jose Mourinho dalam keadaan tertekan sebelum kembali mencatatkan kemenangan.

Bekas pertahanan Napoli itu berkata," bukan pertama kali saya bermain dengannya, saya pernah mengawalnya ketika di Inter Milan dan Ac Milan.

"Kami mampu mengawalnya, ia perkara mudah termasuk juga Wayne Rooney.

"Sikap sombong itu memudahkan kami menjalankan tugas. Dia tidak suka disentuh.

"Dia seorang pemain yang mempunyai pakej lengkap dan sukar dikawal jika dibiarkan begitu sahaja," jelasnya.

United berdepan satu lagi ujian apabila bakal berdepan Leicester dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Watford
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan