Rooney Tutup Telinga Terhadap Kritikan Luar

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 7:23 AM

Wayne Rooney

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Wayne Rooney berkata dia sentiasa menutup telinganya terhadap kritikan luar berhubung persembahannya.

Kapten berusia 30 tahun itu yang dikritik selepas United tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut minggu lalu memberitahu MUTV

bahawa dia sudah biasa apabila prestasinya menjadi perhatian dan dia hanya akan terus berlatih serta bekerja keras.


Bagaimanapun, bekas pemain hebat seperti Alan Shearer telah mencadangkan agar Jose Mourinho mempertimbangkan untuk menggugurkan Rooney dalam skuad kesebelasan utamanya.

"Saya fikir saya telah banyak berdepan dengan kritikan dalam seluruh kerjaya saya, sejak kebelakangan ini ia sedikit bertambah, saya fikir, tetapi itulah bola sepak," kata Rooney.

"Saya dengar nasihat jurulatih, rakan sepasukan, orang-orang di sekeliling saya dan saya benar-benar tidak mendengar apa yang banyak diperkatakan di luar sana kerana kebanyakan daripadanya tidak betul.

"Saya perlu fokus, kerja keras dan sudah tentu saya telah melakukannya sepanjang kerjaya saya. Saya telah bekerja keras dan cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan."

Walaupun United memenangi tiga perlawanan liga pertamanya, penampilan suram Rooney menunjukkan dia kini berada di bawah penelitian.


Tewas kepada Manchester City, Feyenoord dan Watford, panggilan untuk dia digugurkan semakin kuat.

Rooney direhatkan dalam perlawanan menentang Feyenoord Khamis lepas tetapi di bawah Mourinho dia telah diturunkan dalam perlawanan lain bersama United.


Seperti yang sering berlaku dalam kerjayanya, posisi terbaik Rooney terus menjadi perdebatan.

Rooney telah diletakkan di bahagian tengah oleh Roy Hodgson semasa kempen Euro 2016.

Rooney berkata dia terbuka kepada idea untuk meletakkannya di bahagian tengah sebagai satu progres dalam kerjayanya tetapi memberitahu MUTV bahawa Mourinho belum berfikir untuk mengubah peranannya sekarang.

"Saya telah melakukannya (bermain dalam kedudukan yang berbeza) sepanjang kerjaya saya. Saya rasa saya boleh bermain dalam semua posisi tetapi saya fikir pengurus telah menyatakan dengan jelas bahawa saya akan bermain sama ada di depan atau di (peranan) nombor 10 di mana anda melihat saya bermain."
Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , kritik , Jose Mourinho

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan