Pertelingkahan Dengan Jose Mourinho Adalah 'Pra-Sejarah' - Claudio Ranieri

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 8:12 AM

Claudio Ranieri

(Ubah saiz teks)

PERTELINGKAHAN dengan Jose Mourinho adalah 'pra-sejarah' kata pengurus Leicester City, Claudio Ranieri.

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu akan menentang Manchester United di Old Trafford pada Sabtu, dengan Ranieri telah dikritik Mourinho sedikit masa dulu.

Mourinho memanggil Ranieri sebagai orang yang 'malang' selepas menggantikannya di Chelsea dan juga menghinanya ketika bersama dia bersama Inter Milan.


Ranieri berkata: "Mourinho adalah pengurus yang hebat, bijak, pandai. Isu itu sudah lama berlalu."

Mourinho menggantikan Ranieri di Chelsea pada tahun 2004 dan berkata, kelab itu menganggap lelaki dari Itali itu sebagai 'gagal'.

Pengurus Manchester United itu telah memenangi treble ketika tiga tahun bersama Inter Milan dan Ranieri dalam tempoh itu bertanggungjawab terhadap Juventus dan Roma.

Mourinho mengkritik arahan bahasa Inggeris Ranieri, menyatakan ia hampir menyamai arahan orang berusia 70 tahun ketika dia berumur 56 tahun dan sekali lagi mempertikaikan sama ada dia mempunyai mentaliti untuk menang gelaran.

Tetapi Ranieri berkata sebarang kritikan itu adalah 'pra-sejarah, tidak lagi masa sekarang."

"Ia (hubungan) hebat, sangat baik, tiada masalah," katanya.

"Mengapa? Adakah anda masih ingat pada musim panas apabila perlawanan amal Soccer Aid, saya menguruskan pasukan dunia menentang kelab Inggeris Jose.

"Mungkin dia perlu menawarkan saya wain merah yang bagus. Saya sukakan wain merah dan jika dia menawarkannya kepada saya akan pergi dan minum bersamanya (selepas perlawanan Sabtu ini)."

United mengalami tiga kekalahan berturut-turut pada minggu ini dan Mourinho memanggil pengkritiknyanya 'Einsteins bola sepak'.

Mourinho yang memenangi gelaran ketiga Liga Perdana dan yang paling baharu ketika bersama Chelsea pada 2015 - menyaksikan pasukannya dikritik selepas kekalahan di Watford hujung minggu lalu.

Katanya kepada MUTV: "Kami mempunyai seminggu yang buruk. Saya tahu beberapa Einsteins bola sepak cuba memadam kerjaya saya selama 16 tahun, memadam sejarah Manchester United  yang sukar dipercayai dan menumpukan kepada minggu yang tidak baik dan tiga hasil yang buruk itu.

"Tetapi itulah bola sepak baru ia penuh dengan 'Einsteins'.

"Saya boleh memahami sepenuhnya kekecewaan peminat minggu lepas, tetapi saya pasti, mereka akan berada di belakang pasukan seperti sebelum ini."
Tags / Kata Kunci: Claudio Ranieri , Jose Mourinho , prasejarah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan