Kedah 'Universiti' Bola Sepak Buat Syazwan Zainon

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 9:38 AM

Kelincahan Syazwan Zainon (kanan) digeruni lawan.

(Ubah saiz teks)

"SEJAK menyertai pasukan Kedah pada 2014, saya mendapat banyak ilmu bola sepak daripada Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan prestasi semasa juga semakin baik untuk membantu skuad ini," demikian pengakuan Syazwan Zainon.

Pemain sayap hijau kuning itu antara yang membantu menyumbangkan gol menerusi larian pantas ketika Kedah menewaskan Negeri Sembilan 5-0 dalam saingan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman baru-baru ini.

Syazwan yang dibawa dari Felda United oleh bekas penolong pengurus Kedah, Amirul Nidzam Mahadzir banyak membantu pasukan hijau kuning sehingga menjuarai Liga Perdana selain layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.

Meskipun terpaksa melupakan beberapa perlawanan pada musim ini akibat kecederaan, namun pemain berusia 27 tahun itu tetap dilabel tonggak penting dan rajin oleh penyokong kerana lincah dalam melakukan serangan.

Pemain kelahiran Perlis ini juga disifatkan sebagai seorang rakan yang 'ringan tulang' dalam menghulurkan bantuan dan menjadi penghibur ketika sesi latihan.

"Musim ini saya memang puas hati dengan apa yang telah ditunjukkan di atas padang. Tetapi masih banyak juga yang perlu diperbaiki bagi meningkatkan lagi prestasi untuk membantu Kedah dalam perlawanan penting.

"Bukan ilmu daripada jurulatih sahaja malah kesemua rakan sepasukan tidak pernah jemu untuk memberi nasihat yang mampu meningkatkan lagi corak permainan saya, banyak lagi yang perlu saya pelajari bagi menjadikan diri ini seorang pemain yang dapat beraksi dengan kemampuan sebenar demi membalas kepercayaaan KFA, peminat setia pasukan dan rakan-rakan.

"Saya tidak pernah menyesal meninggalkan Felda dan memilih Kedah untuk meneruskan karier sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan aksi yang baik kebelakangan ini membuka peluang untuk saya selangkah ke hadapan dengan mewakili pasukan Harimau Malaysia.

"Bagi seorang pemain bola sepak profesional, beraksi untuk negara adalah satu pengiktirafan. Saya amat teruja dengan penghormatan yang diberikan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee," katanya kepada mStar Online.

Syazwan menambah, beraksi bersama Liridon Krasniqi, Thiago Augusto Fernandes, Shane Smeltz dan Bang Seung Hwan selain Sandro Da Silva memberi banyak manfaat serta meningkatkan lagi pengetahuan bola sepaknya.

Malah dia juga yakin akan dapat meningkatkan lagi corak permainan hasil tunjuk ajar pemain import yang ada selepas ini.

"Saya tidak dapat lupa bila ditawarkan untuk beraksi bersama pasukan Kedah oleh KFA. Ketika itu, saya terus terima tawaran ini kerana yakin Kedah mampu menjadi antara kuasa besar bola sepak tanah air.

"Jangkaan saya tepat apabila Kedah menjuarai Liga Perdana dan layak ke final Piala Malaysia musim lalu dan berada di kedudukan ketiga Liga Super serta layak ke separuh akhir Piala Malaysia kali ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Felda United , Liga Super , Piala Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan