Skuad Helang Merah Turun Kebelasan Terbaik

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah akan menurunkan kesebelasan utama terbaiknya pada pertemuan menentang Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata kesemua pemain utama termasuk Thiago Agusto dan Shane Smeltz akan diturunkan bagi membawa pulang tiga mata penuh.

Beliau berkata pemain kesebelasan utama tidak akan direhatkan walaupun Kedah mempunyai misi penting pada separuh akhir pertama Piala Malaysia melawan PDRM, 30 September ini.

Katanya kesemua pemain bebas daripada kecederaan dan mampu untuk membantu skuad Lang Merah mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga.

"Perlawanan ini juga akan menjadi satu proses dalam memantapkan lagi permainan menjelang perlawanan menentang PDRM nanti," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Tan berkata pasukannya kini berada pada tahap terbaik serta mampu melaksanakan strategi dan corak permainan yang telah dirancang.

Beliau berkata pasukannya tidak mempunyai sebarang strategi rahsia sebaliknya pemain digesa kekal fokus sepanjang perlawanan dan tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan pasukan.

"Bukan mudah untuk kita terus konsisten dengan memenangi beberapa perlawanan sebelum ini dan pemain perlu yakin untuk mengharungi saki baki cabaran musim ini," katanya.

Kedah kini mengumpul 34 mata dan berada pada kedudukan ketiga di belakang juara liga, JDT (52 mata) dan Felda (42).

Tags / Kata Kunci: Kedah , Terengganu , Liga Super Malaysia

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan