Dua Pasukan PPBN 'Terbang' Tambah Ilmu

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 9:00 AM

Pasukan Bawah 13 Tahun PPBN berangkat ke India pada Ahad bagi menyertai jemputan Piala Subroto. Foto: Foto:NFDP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemantapan skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) kini diteruskan dengan siri latihan di luar negara bagi memastikan persiapan Pusingan Kelayakan Piala Dunia Bawah 17 Tahun yang bakal berlangsung tahun hadapan berada di landasan yang baik.

Selepas prestasi memberangsangkan pada siri Jelajah Eropah pada Jun lalu, skuad DNA bola sepak negara ini telah diterbangkan ke Korea Selatan selama dua minggu bagi menjalani latihan dan beberapa perlawanan persahabatan di sana.

Menurut  Pengarah Kanan PPBN, Safirul Azli Abu Bakar berkata, program ini merupakan salah satu yang  disenaraikan dalam kalendar tahunan untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain yang terpilih.

"Selepas Jelajah Eropah, kita akan selitkan salah satu program ke negara Asia (Jepun atau Korea Selatan) yang dianggap sebagai pencabar utama dalam bola sepak.

"Selain perlawanan persahabatan yang diaturkan (lebih kurang enam perlawanan), pemain-pemain ini juga akan turut menjalani latihan di bawah pengurusan Pengarah Program PPBN, Lim Teong Kim.

"Ia merupakan salah satu inisiatif untuk pemain-pemain menguji teknik atau taktik permainan yang telah diajar oleh jurulatih-jurulatih PPBN.

"Malah ia juga merupakan persediaan pasukan negara dalam menghadapi Kejohanan Piala Supermokh Disember ini," jelasnya kepada mStar Online.

Skuad B-14 Tahun kini dalam persiapan rapi bagi persediaan pusingan kelayakan sebagai usaha merealisasikan impian negara beraksi pada Piala Dunia Bawah 17 pada 2019.

Dalam pada itu, satu lagi skuad muda negara Bawah 13 Tahun turut berangkat ke luar negara pada Ahad bagi menyahut cabaran Piala Subroto di India.

"Kita dijemput untuk menyertai kejohanan di India yang melibatkan pasukan-pasukan negeri dan wilayah bersekutu negara itu.

"Ia dianggap pendedahan terbaik buat skuad  B-13 (B) yang pertama kali beraksi di luar negara untuk tahun ini.

"Saya berharap, mereka dapat beraksi dengan baik dan mencatat kemenangan untuk negara," tambahnya.

Bagi kejohanan  tersebut, pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan H bersama pasukan-pasukan yang bergelar juara di negara itu seperti New Delhi, Army Boys dan Haryana.

Tags / Kata Kunci: PPBN , Safirul Abu Bakar

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan