Guardiola Perlukan Khidmat Messi, Neymar Di City

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 7:28 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS  Manchester City Pep Guardiola mahu mendapatkan khidmat bekas anak buahnya di Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk memperkuat pasukan kendaliannya itu.

Mundo Deportivo melaporkan City mengadakan rundingan sebanyak tiga kali bersama Messi dan Neymar dengan harapan untuk mendapatkan khidmat salah seorang daripada mereka pada musim panas ini untuk memuaskan hati Guardiola.

Namun tiada seorang pun daripada mereka mahu meninggalkan Camp Nou semasa jendela perpindahan pemain dibuka pada musim panas lalu.

Pengarah Sukan City dan bekas Naib Presiden Barca, Ferran Soriano telah menghubungi Messi untuk berbincang mengenai sebarang potensi untuk mengubah angin ke England.

Malah beliau berharap kes cukai pemain kebangsaan Argentina itu menjadi salah satu faktor dia mempertimbangkan tawaran untuk berhijrah ke England.

Laporan itu turut mendakwa City merupakan antara salah sebuah 'pasukan' yang mengadakan rundingan dengan Neymar selain PSG, Real Madrid dan Manchester United.

Namun pemain kebangsaan Brazil itu menyatakan komitmen kekal bersama Barcelona untuk tempoh jangka panjang.

Kedua-dua pemain itu mempamerkan aksi cemerlang apabila masing-masing menjaringkan gol ketika Barca menundukkan Leganes 5-1 pada aksi La Liga minggu lalu.



Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Barcelona , Manchester City

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan