KFA Timbang Beri Ganjaran Mara Ke Separuh Akhir - Bola Sepak | mStar

KFA Timbang Beri Ganjaran Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 4:04 PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tersenyum lebar ketika ditemubual pengamal media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 18 September 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mempertimbang ganjaran setimpal kepada skuad Kedah yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata prestasi ditunjukkan pemain pada masa ini amat baik setelah berjaya menundukkan Negeri Sembilan 5-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam Sabtu.

"Mengenai ganjaran kami akan pertimbangkan kerana seperti sebelum ini KFA ada memberi imbuhan kepada pemain tetapi apa yang penting sekarang supaya pemain dapat bermain sehabis baik di padang.

"Saya yakin dengan pengalaman dan semangat kesukanan yang ada pada pemain kami dapat membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kedah," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, pada Ahad.

Ahmad Bashah turut meminta penyokong skuad Lang Merah untuk terus memberi sokongan bagi menyemarakkan semangat pemain, sekali gus mempamerkan aksi yang cemerlang. 

Kedah akan menentang pasukan PDRM pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada 30 September ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kedah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan