Piala Mokhtar Dahari: SMK Tinggi Kajang Kekal Juara

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang mempertahankan kejuaraan bola sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari selepas mengalahkan SMK Sultan Sulaiman Shah, Kuala Selangor, 4-0 pada final, Sabtu.

Pada perlawanan di Kompleks di Kompleks Sukan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini, juara bertahan itu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Nazrin Aiman Azmi. SMK Tinggi Kajang, yang mengalahkan SMK Meru 1-0 pada final tahun lepas, menambah jaringan pada minit ke-28 menerusi Muhd Afiq Azhad Ramdzan dan Aiman Ariff Suffian pada minit ke-34 untuk mendahului 3-0 pada separuh masa.

Fariq Asyraf Rohaizan menutup tirai jaringan pada minit ke-46 untuk membantu SMK Tinggi Kajang merangkul piala pusingan, pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Selaku naib juara, SMK Sultan Sulaiman Shah menerima pingat dan wang tunaiRM7,000, yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Salleh Mohd Kassim.

Sebanyak 32 pasukan sekolah menengah dari seluruh Selangor menyertai edisi ketiga kejohanan melibatkan pemain remaja bawah 18 tahun itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata tahun lepas sebanyak 47 pemain daripada kejohanan tersebut telah diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk digilap bakat dengan enam diserap ke dalam skuad Piala Belia.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat), Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata syarikat milik kerajaan negeri itu telah memberikan suntikan kewangan sebanyak RM150,000 untuk menjadi penaja utama kejohanan itu. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan