Malaysia Tewas 0-3 Kepada Oman

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 16 Tahun dengan langkah kiri apabila kalah 3-0 kepada Oman pada perlawanan pembukaan Kumpulan C di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru di Goa, India, Jumaat.

Pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen swasta, Oman mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan penalti oleh Arshad Alawi pada minit ke-20.

Pada babak kedua, Oman menambah jaringan menerusi Yousuf Malki pada minit ke-63 sebelum Arshad sekali menepati sasaran untuk gol ketiga pada minit ke-78.

Terdahulu, dalam perlawanan kumpulan yang sama, Iraq menewaskan Korea Selatan 2-1.

Malaysia akan menentang Iraq manakala Oman akan berdepan dengan Korea Selatan pada perlawanan kedua masing-masing, Isnin ini.

Sejumlah 16 pasukan menyertai kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu dengan kesemua pasukan diletakkan dalam empat kumpulan.

Selepas perlawanan kumpulan, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan