Piala Malaysia: Kedah Aibkan Negeri Sembilan 5-0

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 11:44 PM

Pemain Kedah, Smeltz Shane Edward (tengah) meraikan jaringan pertama beliau pada perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, Sabtu malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KEDAH menebus kekecewaan menjaringkan gol pada suku akhir pertama Piala Malaysia dengan membelasah Negeri Sembilan 5 - 0 di Stadium Darul Aman pada perlawanan Sabtu malam untuk melangkah separuh akhir.

Kedah yang turun dengan misi 'mahu menang' ternyata tidak membuang masa dengan melakukan serangan ke gawang pasukan pelawat.

Penyerang berpengalaman Kedah, Shane Smeltz yang dahagakan gol bertindak cemerlang dengan membuka tirai jaringan.

Gol pertama pasukan 'Hijau Kuning' dihasilkan selepas Smeltz mendapat hantaran Rizal Ghazali pada minit ke-23.

Seperti mendapat tonik tambahan daripada gol itu, Kedah terus memberi tekanan terhadap skuad Negeri Sembilan yang lebih bertahan.

Tidak lama kemudian, Kedah memperolehi jaringan kedua juga menerusi Smeltz yang mendapat hantaran Syazwan Zainon.

Gol yang dihasilkan pada minit ke-31 itu membuatkan stadium yang dipenuhi lautan hijau kuning semakin gamat.

Berselang lima minit, anak didik Tan Cheng Hoe terus mengukuh kedudukan untuk ke separuh akhir Piala Malaysia dan gol ketiga ini dihasilkan oleh Thiago Augusto.

Babak pertama ditamatkan dengan kedudukan 3-0 untuk memastikan matlamat untuk menang berjaya dicapai.

Jurang tiga gol yang diperolehi itu turut memberi pilihan kepada Cheng Hoe untuk melakukan pertukaran dengan mengeluarhan Smeltz dan memberi peluang kepada pemain muda seperti Farhan Roslan.

Empat minit babak kedua bersambung, kesebelasan utama Kedah terus membuktikan bisanya sebagai finalis Piala Malaysia musim lalu dengan menjaringkan gol keempat.

Gol itu dijaringkan oleh Augusto untuk turut sama merekodkan dua gol seperti Smeltz pada perlawanan berkenaan.Ketika pasukan pelawat seakan tidak mampu mendekatkan jurang jaringan, Liridon Krasnqi pula menjadikan kedudukan 5-0 ketka menyempurnakan sepakan percuma.

Dengan jaringan itu, Kedah yang menjadi pilihan untuk ke separuh akhir berjaya mengesahkan kedudukannya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , separuh akhir , Piala Malaysia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan