Fifa Tak Lagi Anjur Anugerah Ballon D'Or

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 9:31 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Kontrak perjanjian membabitkan Anugerah Ballon d'Or yang dimeterai antara majalah France Football dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), kini sudah tamat.

Perkara itu diumumkan oleh syarikat penerbitan Perancis itu dan badan induk bola sepak antarabangsa itu pada Jumaat.

Anugerah yang menjadi idaman semua pemain itu akan kembali diuruskan syarikat penerbitan Perancis itu susulan penamatan persetujuan antara bola sepak Perancis dengan Fifa.

Penerima anugerah seterusnya akan ditentukan menerusi undian daripada wartawan yang menyaksikan pemain dan jurulatih tidak lagi diberi peluang untuk memilih pemain terbaik.

Bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi mencatat rekod apabila memenangi anugerah terbabit buat kali kelima pada pada 2015. 

Fifa bagaimanapun merancang untuk meneruskan anugerah pemain terbaik bagi kategori lelaki dan wanita tahunan itu.

Fifa dan France Football bekerjasama pada 2010 pada ketika hanya dua pemain dicalonkan untuk anugerah tersebut.

Anugerah Ballon d'Or pertama dimenangi Stanley Matthews yang pada ketika itu mewakili Blackpool, mengatasi lawannya Alfredo Di Stefano dalam majlis yang julung kali diadakan pada 1956.


Tags / Kata Kunci: Ballon d'Or , Fifa

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan