Antonio Conte Dadah Sebab Sisihkan Cesc Fabregas - Bola Sepak | mStar

Antonio Conte Dadah Sebab Sisihkan Cesc Fabregas

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte mendedahkan tindakannya tidak menurunkan Cesc Fabregas kerana pemain tengah itu tidak mempunyai cir-ciri difensif seperti yang diperlukan.

Pemain Sepanyol itu hanya dibenarkan bermain selama 26 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ketua jurulatih Chelsea itu turut mengakui telah minta Fabregas mengubah corak permainannya.

"Oscar adalah pilihan terbaik untuk tempat Fabregas setakat ini.

"Tetapi Febregas juga ada dalam perancangan saya, dia adalah pilihan kelab.

"Kita semua tahu Fabregas adalah pemain yang hebat. Saya lihat dia mempunyai usaha dalam setiap latihan. Jika dia terus bertindak seperti ini peluagnya akan semakin cerah," kata jurulatih kelahiran Itali itu.

Tambahnya, Oscar menajdi pilihan kerana pemain Brazil itu mempunyai pakej yang diperlukan Chelsea.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan