Sempat Jumpa Bintang Manchester United 45 Minit Sebelum Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 1:25 PM

Paddy Lawler sempat bergambar bersama empat bintang Manchester United kira-kira 45 minit sebelum dia meninggal dunia akibat kanser. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Hasrat seorang peminat setia Manchester United untuk bertemu dengan bintang kelab itu, akhirnya tercapai walaupun dia meninggal dunia 45 minit kemudian akibat sakit kanser.

Paddy Lawler, 75, yang menetap di Wythenshawe, Manchester, sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan pemain kesayangannya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Simpati dengan nasib permintaan Lawler, cucunya Kayleigh, 27, memuat naik status dalam Facebook untuk meminta bantuan orang ramai merealisasikan impian datuknya itu.

Mujur status Kayleigh itu disedari oleh sepupu pemain muda Manchester United, Jesse Lingard dan tiga hari kemudian, empat bintang Red Devils datang untuk melawat Lawler.

Malah lelaki bertuah itu sempat mengabdikan kenangan bergambar bersama Marcus Rashford, Lingard, Ashley Young dan Timothy Fosu-Mensah sebelum dia meninggal dunia 45 minit kemudian.

Isterinya, Eunice, 71, berkata, seluruh ahli keluarga berasa lega melihat suaminya meninggal dunia dalam keadaan gembira kerana dapat bertemu dengan bintang Manchester United.

"Mereka (pemain Manchester) sangat baik kerana sanggup meluangkan masa bersama suami saya," katanya seperti dilaporkan portal berita Mirror.


Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan