Malaysia Naik Sembilan Anak Tangga Ranking Fifa - Bola Sepak | mStar

Malaysia Naik Sembilan Anak Tangga Ranking Fifa

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 7:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia melonjak sembilan anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-158 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada Khamis.

Skuad Harimau Malaysia, yang kekal pada kedudukan ke-167 sejak Julai lepas, mengumpul sejumlah 158 mata untuk menduduki di belakang Filipina (125), Thailand (135), Vietnam (141), Myanmar (153) dan Singapura (155) dalam kalangan negara Asean.

Ranking bulan September itu menyaksikan skuad negara, kendalian Datuk Ong Kim Swee, berada setanding dengan beberapa negara lain seperti Grenada (156), Barbados (157), Kuwait (159) dan Aruba di tangga ke-160.

Bagaimanapun, kedudukan Malaysia dijangka merosot bulan depan susulan kekalahan 3-1 kepada Indonesia, yang menduduki ranking ke-181, dalam perlawanan persahabatan pada 6 September lepas.

Berdasarkan ranking sejak awal tahun ini, Malaysia mencatatkan rekod terburuk dengan kedudukan ke-171 dunia pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun) dan 167 pada Julai.

Ranking Fifa melibatkan 209 negara.
Tags / Kata Kunci: ranking Fifa , Harimau Malaysia
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan