Mourinho Dedah Telefon, SMS Banyak Kali Demi Pogba

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 7:54 AM

Jose Mourinho. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho mendedahkan mengenai 'pertarungan sulit' dengan seorang pengurus yang tidak dinamakan demi mendapatkan semula pemain Paul Pogba.

Walaupun Pogba menandatangani perjanjian di Old Trafford tetapi Mourinho sebenarnya terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan pemain itu bahawa ia merupakan satu pilihan tepat.

Pengurus kelahiran Portugal itu mengakui menghujani Pogba dengan banyak mesej dan panggilan telefon, berikutan pemain berkenaan turut dipujuk oleh seorang lagi pengurus dari 'kelab besar'.

Bercakap kepada Goal, Mourinho berkata: "Adalah sukar untuk meyakinkan dia. Saya buat banyak (perbualan) di telefon, banyak SMS (khidmat pesanan ringkas).

"Saya rasa dia dapat satu (tawaran) daripada seorang pengurus dari kelab besar yang lain, diikuti dengan saya.

"Saya terpaksa berusaha keras untuk meyakinkan dia supaya memilih kami berbanding yang 'satu' lagi," ujar Mourinho.

Bagaimanapun, usaha keras Mourinho berbayar selepas pemain tengah skuad Perancis itu memutuskan untuk kembali bermain di Manchester United, kelab pertama yang disertainya. - Mail Online


Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan