Manchester United Kelab Pertama Britain Raih Pendapatan 500 Juta Pound

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 9:46 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Meskipun tidak layak menyertai Liga Juara-Juara pada musim ini, hal itu tidak menghalng Manchester United menjadi kelab pertama di Britain yang mencatat pendapatan sebanyak 515.3 juta pound (RM2.8 bilion) bagi rekod kewangan 2016.

Dengan hanya memenangi Piala FA pada musim lalu, Red Devils turut menerima 14 tajaan termasuk empat tajaan global yang menyaksikan pendapatan penyiaran televisyen, perlawanan dan komersial meningkat.

Menurut portal BBC, pendapatan Manchester United dijangka terus meningkat pada 2017 kepada 540 juta pound (RM2.9 bilion) walaupun tidak beraksi dalam Liga-Liga Juara.

Juara liga 20 kali itu juga mencatat rekod baharu apabila mencatat keuntungan operasi sebanyak 68.9 juta pound (RM369 juta) dan laba pendapatan sebanyak 191.9 (RM1.03 bilion).

Naib Pengerusi Eksekutif kelab itu, Ed Woodward berkata, fiskal kewangan kelab pada 2016 menunjukkan urusan perniagaan kelab semakin mengukuh dan mampu mencapai sasaran yang lebih tinggi pada tahun depan.

"Prestasi kewangan yang kukuh membolehkan pelaburan dibuat ke atas pasukan, pengurusan dan kemudahan bagi mencabar kejuaraan serta memburu lebih banyak trofi," katanya.

Bagaimanapun jumlah hutang meningkat sebanyak 5.7 juta pound (RM31 juta pound) kepada 260.9 juta pound (RM1.04 bilion) disebabkan kesan pertukaran wang asing.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan