Abramovich Pamer Koleksi Kereta Mewah

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemilik Chelsea, Roman Abramovich mempamerkan koleksi kereta mewahnya yang dianggarkan bernilai 8.5 juta pound (RM46 juta) di litar lumba Nurburgring, Jerman baru-baru ini.

Antara kereta yang paling menarik perhatian adalah model Pagani Zonda R yang hanya dihasilkan sebanyak 15 buah sahaja dan dijual pada harga kira-kira 2.5 juta pound (RM13.5 juta).

Satu rakaman video yang disiarkan portal Mail Online menunjukkan bilionair berusia 49 tahun itu memandu kereta mewahnya bersama bekas rakan seperniagaan, Viktor Kharitonin dilitar lumba terbabit.

Malah Kharitonin mengarahkan litar berkenaan ditutup selama dua bagi bagi membolehkan Abramovich "bermain" dengan koleksi keretanya.

Selain Pagani Zonda R, Abramovich turut membawa Ferrari FXX, Bugatti Veyron, Ferrari 488 GT3, Mercedes-Benz AMG GT3, Lamborghini Reventon dan Aston Martin Vulcan.

Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/video/news/video-1328798/Roman-Abramovich-shows-luxurious-collection-super-cars.html

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Abramovic

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan