Conte Salahkan Pengadil

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus baharu Chelsea, Antonio Conte menyalahkan pengadil ketika pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Swansea pada Ahad.

Dua gol yang disumbangkan Diego Costa termasuk satu gol pada lewat permainan berjaya menyelamatkan Chelsea daripada tewas kali pertama dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Liberty, Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi Costa susulan kegagalan pemain pertahanan Swansea mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Bintang Chelsea, Eden Hazard berpeluang untuk menggandakan kedudukan pada dua minit kemudian tetapi percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol Swansea, Lukas Fabianski.

Pada minit ke-40, pemain tengah Swansea, Gylfi Sigurdsson cuba menyamakan kedudukan menerusi percubaan luar kotak penalti tetapi tendangannya sedikit tersasar.

Keputusan 1-0 kekal itu sehingga tamat separuh masa pertama.


Aksi babak kedua lebih menarik apabila pasukan tuan rumah berjaya mengikat kedudukan menerusi Sigurdsson yang menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dikasar oleh penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois.

Selang tiga minit kemudian, Swansea berjaya mendahului dengan 2-1 apabila penyerangnya, Leroy Fer mengambil kesempatan terhadap kesilapan pertahanan Chelsea, Gary Cahill yang gagal mengawal bola dengan baik.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, anak buah Conte mula mengatur serangan yang lebih bahaya untuk menyamakan kedudukan, tetapi kecekapan Fabianski ternyata wajar diberi pujian.

Namun sekali lagi kelekaan barisan pertahanan Swansea dihukum apabila gagal mengekang Costa untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 menerusi sepakan gunting.

Keputusan seri 2-2 itu menyaksikan Chelsea masih berada di tempat kedua liga dengan mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan dan masih belum tewas di bawah kendalian Conte.

Swansea yang dipimpin oleh Francesco Guidolin, menghuni tangga ke-13 dengan empat mata selepas empat perlawanan.

Mengulas tentang perlawan itu, Conte berkata, gol kedua yang dijaringkan Fer tidak patut dikira kerana pemain Belanda tersebut dilihat mengasari Cahill.

"Saya tidak mahu bercakap tentang keputusan gol tersebut tetapi ia merupakan keputusan yang teruk oleh pengadil.

"Malah saya berasa hairan melihat pemain pertahanan Swansea tidak dibuang padang walaupun berulang kali mengasari Costa,: katanya. - AFP


Tags / Kata Kunci: Chelsea , Swansea

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan