Zlatan Bakal Terima Tawaran Kontrak Baharu

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Manchester United sedia menawarkan kontrak baharu kepada penyerang baharunya, Zlatan Ibrahimovic susulan aksi cemerlang yang ditonjolkan pemain veteran itu.

Bintang Sweden berusia 34 tahun itu menyertai Manchester United pada Julai lalu dengan tawaran kontrak selama 12 bulan serta mempunyai pilihan untuk kekal satu musim lagi.

Namun menurut laporan portal Sunday Mirror, pihak pengurusan kelab kagum dengan prestasi Zlatan terutamanya kekuatan fizikal pemain tersebut yang mampu bersaing di Liga Perdana Inggeris.

Zlatan mudah mengenepikan cabaran pemain yang jauh lebih muda daripadanya semasa ujian latihan dan Red Devils sedia menawarkan kontrak selama empat tahun kepada penyerang berbisa itu.

Setakat ini Zlatan telah menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan liga termasuk satu jaringan ketika tewas 1-2 kepada musuh setempat, Manchester City pada Sabtu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan