Fernandes Kena Faham Perlembagaan FAM - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

SIK: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menasihatkan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes yang menawarkan diri menerajui Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), agar memahami perlembagaan FAM terlebih dahulu. 

Khairy berkata sebagai sebuah persatuan sukan, badan induk bola sepak negaraitu mempunyai perlembagaan tersendiri, dan tidak memerlukan persetujuan beliau.

"Itu (pemilihan Presiden FAM) terpulang pada ahli gabungan FAM dan secara jelas dalam perlembagaan ada dinyatakan kaedah pemilihan (jawatan) sama ada melalui pemilihan Kongres FAM dan mendapat sokongan ahli gabungan.

"Jadi kalau nak jadi Presiden FAM, perkara pertama nasihat saya kena faham perlembagaan. Kalau suruh menteri jawab itu maknanya dia tak faham perlembagaan. Menteri tak boleh tentukan sebab FAM dipilih secara demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sik pada Sabtu.

Khairy mengulas laporan media yang menyatakan kesediaan Tony yang juga pemilik kelab bola sepak Inggeris Queens Park Rangers (QPR) untuk menerajui FAM sekiranya diberi peluang.

Dalam kenyataannya Tony dikatakan meminta media untuk bertanyakan kepada Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan sekiranya mahu beliau (Tony) menjadi Presiden FAM. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy percaya kontinjen negara di Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil mampu menyumbang pingat dalam tiga acara akhir olahraga pada Ahad iaitu lontar peluru, lompat jauh dan 100 meter lelaki.

Tiga atlet paralimpik yang akan menggalas cabaran pada pagi esok ialah Ziyad Zulkifli (lontar peluru F20), Mohd Ridzuan Mohd Puzi (100m lelaki T36) dan Abdul Latif Romli bagi acara lompat jauh T20.

"Kita tidak sasarkan warna pingat tapi kita yakin ketiga-tiga atlet ini mampu sumbang pingat untuk negara," katanya. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan