Thiago Augusto Tekad Robek Gawang Perak

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 2:10 PM

Thiago Augusto. Foto espnfc.com

(Ubah saiz teks)

“SAYA mahu memastikan pasukan Kedah meraih tiga mata penuh ketika bertemu Perak di Stadium Darul Aman untuk kita terus menguasai tempat ketiga Liga Super."

Itu harapan penyerang import Kedah, Thiago Augusto yang bakal mengetuai barisan hadapan skuad hijau kuning pada Sabtu.

Augusto memberitahu, dia kecewa selepas gagal menjaringkan gol ketika menentang Negeri Sembilan dalam aksi Piala Malaysia baru-baru ini.

Oleh itu jelasnya, kekecewaan tersebut perlu ditebus dalam misi mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dengan menentang Perak.

"Siapa tidak kecewa apabila tidak dapat menjaringkan gol selepas mendapat banyak peluang dalam perlawanan lalu, saya masih belum puas hati.

"Untuk itu, dalam perlawanan kali ini saya mahu menjadi penjaring dalam memastikan Kedah memperolehi tiga mata penuh.

"Saya yakin dapat melakukan yang terbaik kali ini dengan kerjasama semua rakan sepasukan yang juga akan berjuang demi pasukan Kedah," katanya kepada mStar Online.

Jelasnya, ketiadaan Azmeer Yusof yang perlu direhatkan kerana menerima tiga kad kuning pasti akan diisi oleh pemain terbaik dan percaturan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe adalah yang terbaik buat Kedah.

"Kita tidak boleh memperkecilkan kehebatan dan kemampuan Perak untuk melakarkan keputusan luar dugaan. Apa yang penitng kita perlu menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan cemerlang.

"Saya telah pulih daripada kecederaan di bahagian betis dan yakin mampu memberikan kemampuan sebenar demi mencatatkan nama sebagai penjaring.

"Apa yang lebih penting bagi saya ialah tidak kisah siapa yang akan menjaringkan gol untuk Kedah kerana pasukan kita hanya mahukan kemenangan.

"Kalau bukan saya, pemain Kedah lain mampu menjaringkan gol dan kita perlu bekerjasama untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini," tegasnya.

Tambahnya, kehadiran penyokong skuad Helang Merah pasti akan membangkitkan moral dan semangat pemain untuk memburu kemenangan menentang Perak.

Tags / Kata Kunci: Thiago Augusto.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan