Manchester Derby: Mourinho Gigit Kuku Hilangkan Gugup

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho sukar menyorok perasaan gemuruhnya menjelang pertembungan 'Manchester Derby' yang menjadi salah satu perlawanan terbesar Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Tanpa sedar, Mourinho asyik menggigit kuku jarinya bagi menghilangkan perasaan gugup ketika mengadakan perbincangan bersama staf dan pemain-pemainnya sebelum Manchester United melayan kedatangan City di Old Trafford Sabtu malam.

Bagaimanapun, pemain-pemainnya kelihatan lebih tenang sebaik sahaja tiba di Hotel Lowry pada Jumaat.

Ratusan peminat setia sudah menunggu ketibaan hero-hero mereka menjelang perlawanan ini dan pantas merakam gambar pemain-pemain utama United termasuk Zlatan Ibrahimovic, Anthony Martial dan Eric Bailly.




Perlawanan di Theatre of Dreams  ini bakal mengembalikan api persaingan di antara Mourinho dan Pep Guardiola seperti mana ketika menguruskan Real Madrid dan Barcelona sebelum ini.

Dalam pada itu, Mourinho tidak berminat untuk bercakap mengenai dirinya dan Guardiola.

"Ada masalah? Kamu tidak perlu jawapan saya. Saya tidak peduli sesiapa pun.

"Bagi kami ia adalah perlawanan. Kami bermain untuk cuba memenangi gelaran dalam fasa pertama musim.

"Saya tidak rasa ada mana-mana perlawanan lebih penting daripada yang lain. Bagi saya, ia adalah satu lagi perlawanan.

"Saya sedar betapa bermaknanya 'derby' kepada semua orang. Saya telah bermain aksi seperti ini di pelbagai negara dan bandar, tetapi saya sentiasa mahu berada dalam kedudukan emosi yang terkawal," ujar Mourinho.

Tags / Kata Kunci: Jopse Mourinho , Manchester Derby

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan