Umrah, Lawatan Ke Old Trafford Ganjaran Buat Melaka United

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pakej menunaikan umrah dan lawatan ke Old Trafford, stadium kelab gergasi England iaitu Manchester United, merupakan antara ganjaran yang bakal diterima pemain Melaka United setelah bergelar juara Liga Perdana musim ini.

Pengurus pasukan Melaka United Datuk Mohd Yusuff Mahadi berkata, lawatan ke Old Trafford merupakan ganjaran diberi penaja pasukan Sang Kancil itu iaitu syarikat Mamee Double-Decker, manakala pakej umrah merupakan sumbangan pihak yang menyokong penuh pasukan tersebut namun enggan dikenali.

"Ganjaran yang lain daripada presiden (Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United Datuk Seri Idris Haron juga Ketua Menteri Melaka) atau daripada negeri sekiranya ada akan diumumkan presiden (Idris) sendiri nanti.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan semua yang menyokong, pemain, jurulatih serta pegawai Melaka United hingga kita bergelar juara Liga Perdana," katanya kepada pemberita di sini Jumaat malam.

Beliau ditemui selepas perlawanan Melaka United menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini menyaksikan keputusan seri 1-1.

Bagaimanapun Melaka United yang meraih 49 mata muncul juara liga, berkelebihan tujuh mata ke atas PKNS FC dengan baki dua perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Melaka United Mohd Zan Mat Aris berkata keputusan satu mata yang diperoleh pasukannya itu sudah cukup bermakna bagi melayakkan Melaka United bergelar juara Liga Perdana dan layak ke Liga Super musim depan.

"Matlamat kita memang tiga mata atau satu mata tetapi sudah mendapat satu mata itu pun sudah sangat berharga dan jadikan kita juara. Yang penting walaupun seri dengan JDT II tetapi kita juara Liga Perdana," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: umrah , Old Trafford , Sang Kancil , Idris Haron

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan