Jenazah Bekas Penjaga Gol Kebangsaan Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 4:34 PM

Yuzaily menyiram air mawar pada pusara bapanya di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari, Sabtu. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jenazah bekas penjaga gol kebangsaan era 50-an, Datuk Mohd Yusoff Abu Bakar, 81, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari di sini, Sabtu.

Jenazah Mohd Yusoff disembahyangkan di Masjid Al-Bukhari yang dihadiri oleh anggota keluarga dan sahabat handai sebelum dikebumikan pada 11.20 pagi ini.

Allahyarham yang pernah digelar 'Iron Gate' meninggal dunia pada 6.15 petang Jumaat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas terlantar sakit sejak setahun lepas akibat penyakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Anak kedua Allahyarham, Yuzaily, 49, berkata seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian bapanya itu.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak terutama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang banyak membantu dan mengambil berat melalui pelbagai sumbangan kepada bapanya.

"Saya bagaimanapun sedikit sedih kerana masih ada pihak yang tidak mengenang jasa Allahyarham yang telah memberi banyak sumbangan kepada negara suatu ketika dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Sabtu.

Yuzaily berkata Allahyarham bapanya pernah meluahkan rasa kecewa kerana pihak bertanggungjawab dalam bola sepak negara enggan mendapatkan pandangan daripada bekas pemain lama sepertinya.

"Allahyarham sememangnya mahu berkongsi pendapat dan pandangan bagi membantu meningkatkan mutu bola sepak negara," katanya.

Allahyarham yang pernah mengharumkan nama negara dan mempamerkan rekod cemerlang ketika mewakili Malaya pada Pesta Bola Merdeka 1958, telah berkhidmat dengan Jabatan Penjara sejak 1957.

Jawatan terakhir yang dipegangnya ialah pengarah Penjara Alor Setar dari 1987 hingga 1990. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan