Man City Rakam Kemenangan 2-1 Di Old Trafford

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

KEVIN De Bruyne membuatkan penyokong-penyokong Manchester United terpaku seketika selepas menjaringkan untuk Manchester City seawal minit ke-15 permainan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu malam.

Perlawananan 'Manchester Derby' ini menjadi tumpuan, bukan kerana penampilan pemain berstatus bintang, sebaliknya pertembungan dua pengurus yang masing-masing mempunyai keegoannya tersendiri.

Jose Mourinho pastinya mahu mencatat rekod baik aksi pertama bertemu City di laman sendiri, lebih-lebih lagi berdepan dengan Pep Guardiola, namun sebaliknya berlaku apabila City mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua menerusi Kelechi Iheanacho pada minit ke-36. 

De Bruyne menyumbat gol pertama perlawanan minit ke-15.


Iheanacho mengambil alih tugas di bahagian serangan apabila Sergio Aguero tidak dapat beraksi  gara-gara digantung perlawanan.

Tersentak dengan dua jaringan dari pihak lawan, penyerang sensasi United, Zlatan Ibrahimovic tampil memberi sedikit kelegaan kepada Mourinho pada minit ke-42 sekaligus merapatkan jurang kedudukan sebelum babak pertama berakhir.


Ibrahimovic menjaringkan gol tunggal United minit ke-42.


Sementara itu, pada separuh masa kedua menyaksikan kedua-kedua kelab jiran itu gagal menambah sebarang gol walaupun Mourinho melakukan percaturan baharu di barisan pemainnya.

Manakala Guardiola masih mengekalkan taktik sedia ada walaupun Mourinho melakukan dua pertukaran pemain serentak dengan memasukan Ander Herrera menggantikan Mikhitaryan, manakala Rashford mengambil alih tugas Lingard.

Kehadiran Rashford ternyata memberi kesan di barisan serangan United apabila berjaya menjaringkan gol minit ke-69, namun dibatalkan kerana berada di posisi ofsaid.

Sehingga wisel akhir perlawanan, kedudukan kekal 1-2 yang menyaksikan skuad Guardiola berjaya mengutip mata penuh di Old Trafford.



Senarai pemain:

Manchester United:
De Gea, Valencia, Bailly, Blind, Shaw, Pogba, Fellaini, Mkhitaryan, Rooney, Lingard, Ibrahimovic (simpanan): Mata, Martial, Smalling, Rashford, Romero, Ander Herrera, Schneiderlin

Pengurus: Jose Mourinho

Manchester City: Bravo, Sagna, Stones, Otamendi, Kolarov, De Bruyne, Fernandinho, Silva, Sterling, Iheanacho, Nolito
(simpanan): Zabaleta, Fernando, Caballero, Jesus Navas, Sane, Clichy, Garcia

Pengurus: Pep Guardiola 

Pengadil: Mark Clattenburg


Tags / Kata Kunci: Manchester City , Manchester United

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan