Kedah Belasah Perak, Augusto Kotakan Janji

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 11:43 PM

Shane Smeltz meledak dua gol pada aksi bertemu Perak, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KEDAH mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga Liga Super selepas menewaskan Perak 3-1 di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.

Rehat selama 10 hari sebelum perlawanan tersebut memberi kelebihan kepada skuad hijau kuning bagi memperbaiki ketajaman penyudah  barisan serangannya apabila berjaya beraksi cemerlang.

Memulakan perlawanan itu dengan menguasai permainan, kesebelasan Kedah tidak menunggu lama untuk mengatur serangan ke kubu lawan.

Seawal minit keenam, Shane Smeltz terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila mudah menolak masuk bola hantaran Baddrol Bakhtiar untuk menewaskan penjaga gol Perak, Mohd Syazani Mat Puat.

Meskipun beraksi di stadium yang sesak dengan lautan hijau kuning, namun Perak tetap berusaha mendapatkan jaringan menerusi serangan, malangnya Ifwat Akmal Che Kassim tidak membenarkan gawangnya ditembusi.

Pada minit ke-58 Kedah mengukuhkan kedudukannya dan kali ini Smeltz sekali lagi melakar namanya sebagai penjaring selepas mendapat hantaran dari Thiago Augusto.

Masih enggan mengalah selepas ketinggalan 2-0, Perak terus memburu gol.

Usaha itu berhasil pada minit ke-81 apabila ketua pasukannya, Thiago Junio De Aquino melakukan rembatan kencang untuk menewaskan Ifwat Akmal.

Bagaimanapun Kedah tidak terjejas dengan jaringan pelawat dan bangkit memburu gol ketiga.

Sebelum perlawanan ditamatkan Augusto berjaya mengotakan janjinya apabila menjaringkan gol ketiga Kedah selepas mendapat hantaran Syafiq Ahmad.

Dengan kemenangan tersebut, Kedah yang merupakan Juara Liga Perdana musim lalu berjaya mengukuh tempat di kedudukan ketiga liga.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Augusto

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan