Real Madrid, Atletico Madrid Dilarang Beli Pemain Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 9:03 AM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid dan Atletico Madrid tidak dibenarkan membawa masuk pemain baharu dalam dua jendela perpindahan pemain akan datang selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menolak rayuan dua kelab berkenaan.

Dua kelab gergasi Sepanyol itu dilarang menandatangani mana-mana pemain antarabangsa berusia bawah 18 tahun.

Real dan Atletico yang menafikan salah laku itu turut diberikan teguran dan amaran malah mempunyai masa selama 90 hari untuk mengatur keadaan semua pemain yang terlibat.

Mereka dijangka mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan. Real didenda 278,000 pound manakala Atletico diarahkan membayar 695,000 pound.

Sekiranya rayuan baharu kedua-dua pasukan itu turut ditolak, Real dan Atletico tidak akan membawa masuk mana-mana pemain baharu sehingga Januari 2018.

Namun mereka masih boleh menjual dan melepaskan pemain masing-masing.

Pada musim panas ini, Real membawa masuk beberapa muka baharu seperti pemain tengah Brazil, Lucas Silva dari Marseille dan penyerang Alvaro Morata kembali semula ke Bernabeu dari Juventus.

Atletico pula menandatangani khidmat penyerang Perancis Kevin Gameiro, pemain pertahanan Croatia Sime Vrsaljko, pemain sayap Itali Alessio Cerci dan pemain tengah Argentina Nicolas Gaitan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan