Rashford Tonton Perlawanan Rakan Karib, Bayar 5 Pound Untuk Tiket Masuk - Bola Sepak | mStar

Rashford Tonton Perlawanan Rakan Karib, Bayar 5 Pound Untuk Tiket Masuk

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 8:14 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN sensasi Manchester United, Marcus Rashford menyaksikan dua rakan karibnya sejak kecil yang mewakili kelab bola sepak Bacup Borough FC menentang Charnock Richard dalam perlawanan liga divisyen satu England.

Namun pemain berusia 18 tahun itu enggan diberikan layanan istimewa dan membayar tiket masuk sebanyak 5 pound untuk menyaksikan perlawanan di Stadium West View, England.

Walaupun baharu sahaja membelikan sebuah rumah berharga 800,000 pound kepada ibunya, dia tetap tidak lupa asal usulnya.

Di sebalik populariti yang diraih pemain kebangsaan England itu tidak sesekali melunturkan persahabatannya dengan Kyle Hendley dan Ashley Paul Leather, sahabatnya sejak kaman kanak-kanak.

Difahamkan Rashford terus bergerak ke Bacup, Lancashire selepas menjalani latihan bersama United pada Rabu malam.

Penyokong kedua-dua kelab itu yang menyedari kehadiran Rashford tidak ketinggalan berselfie dengannya.

Pengurus Backup, Brent Peters yang juga penyokong tegar United berkata dia hanya menyedari kunjungan Rashford sebaik tiba di stadium tersebut.

“Saya dimaklumkan mengenai kehadirannya sebelum saya bertemu pemain menjelang perlawanan itu. Nampaknya dia baharu sahaja selesai latihan.

“Daripada apa yang saya diberitahu, dia masuk ke dalam stadium sama seperti penonton biasa. Kehadirannya ke sini tersebar dengan cepat sekali.

“Kredit kepadanya, dia memuat naik banyak gambar, kanak-kanak amat menyukainya. Amat jarang sekali pennton dapat bertemu pemain bintang di Bacup. Jadi ia amat bermakna kepada mereka,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Marcus Rashford , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan