Vardy Perlu Bukti Layak Sarung Jersi England - Ranieri

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 7:04 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Leicester City, Caludio Ranieri berpesan kepada pemainnya Jamie Vardy supaya membuktikan bahawa dia layak untuk menyarung jersi England.

Penyerang The Foxes itu berada dalam skuad Sam Allardyce, namun hanya menjadi pemerhati di bangku simpanan pada aksi kemenangan 1-0 ke Slovakia Kelayakan Piala Dunia 2018 Ahad lalu.

Harry Kane dan Wayne Rooney lebih menjadi pilihan bagi pengurus England itu biarpun rekod jaringan Vardy lebih cemerlang ketika aksi bersama Leicester.

"Ya, dia masih baharu dan meneruskan latihan dengan gigih dan bagi saya ianya sangat bagus, tetapi tidak untuknya. Mungkin Vardy lebih 'lapar'. Tunjukkan sikap itu dan kamu perlu bersaing dan memberitahu 'hey Sam, saya bersedia untuk bermain'.

'Ia bukan melibatkan Jamie sahaja. Juga (Daniel) Amartey, (Danny) Drinkwater, Ben Chilwell, Shinji Okazaki dan ramai lagi pemain saya di seluruh dunia tidak beraksi dengan pasukan kebangsaan mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, Ranieri mengakui skuadnya sudah bersedia untuk berkunjung ke Liverpool pada Sabtu.

Ia merupakan perlawaan  pertama Liverpool di tempat sendiri selepas kerja-kerja pengubahsuaian tempat duduk utama stadium selesai.

Ranieri percaya Vardy dan Leicester perlu keyakinan untuk aksi itu.

"Dia perlu yakin. Kami sebuah pasukan yang kuat. Kami meraih gelaran juara bukan kerana kami bertuah. Kami menang kerana kami lebih baik daripada yang lain. Kami perlu yakin.

"Ia adalah kenangan terindah. Tetapi saya sudah lupa, kerana saya sentiasa terlupa apa yang terjadi semalam."

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan