Liga Super: Kelantan Waspada Ancaman Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 6:14 PM

Indra Putra Mahayuddin (kanan).

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pasukan Kelantan perlu berwaspada apabila turun menentang pasukan Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Kuching pada Sabtu.

Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin berkata, sebagai pasukan pelawat, Kelantan pastinya akan berdepan dengan tekanan.

"Ia perlawanan yang sukar terutamanya bermain di tempat lawan, tekanan pasti kepada kami kerana Sarawak mahukan tiga mata penuh bagi menyelamatkan kedudukan mereka dalam saingan Liga Super musim depan.

"Pertemuan itu juga penting bagi kami untuk mendapatkan mata sebagai suntikan moral bagi menghadapi pasukan Polis Diraja Malaysia pada suku akhir kedua Piala Malaysia pada 17 Sept ini, tekanan itu sudah pasti ada dalam diri pemain kerana dalam liga, pasukan mahu mengejar kedudukan terbaik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Indra Putra berkata rakan pasukannya seharusnya tidak memandang mudah dengan kelebihan yang terdapat pada pasukan tuan rumah (Sarawak) terutamanya pemain import mereka.

"Sudah pasti dua penyerang import mereka iaitu Makeche Ndumba dan Gilmar Jose Da Silva memberikan ancaman dan tekanan kepada pasukan kami selain pemain tempatan mereka...tetapi ini bukan kayu ukur untuk tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan esok," katanya.

Beliau berkata semasa latihan, semua pemain Kelantan menunjukan kesungguhan, dari segi mental dan fizikal untuk berdepan dengan Sarawak.

Kelantan kini berada pada kedudukan kelima liga dengan 24 mata selepas 19 perlawanan manakala Sarawak berada pada kedudukan kesembilan dengan 19 mata. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kelatan , Sarawak , Liga Super

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan