JDT Juara Liga Super, Melaka United Juara Liga Perdana 2016

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 11:25 PM

Pasukan JDT muncul juara Liga Super buat kali ketiga berturut-turut.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Pasukan Johor Darul Ta'zim meraih gelaran juara Liga Super lebih awal selepas menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos Larkin, Jumaat malam.

Biarpun masih berbaki dua lagi perlawanan, skuad kendalian Mario Gomez ini sekali lagi mencipta sejarah dengan rekod tanpa kalah sepanjang aksi liga setakat ini.

Menurut Gomez, beliau berbangga dengan kejayaan itu kerana para pemain telah bekerja keras untuk saingan Liga Super sejak Januari lalu.

"Pasukan ini tidak ada pemain utama kerana kami satu pasukan. Bagi saya 'kami' adalah kunci kejayaan ini," jelas Gomez selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, JDT meraih gol melalui sepakan penalti oleh Jorge Pereyra Díaz (29') dan kapten pasukan Safiq Rahim (83').

Manakala Diaz turut menambah rekod jaringan peribadinya (17 gol) apabila menambah gol ketiga pada minit ke-85.

JDT berjaya mengumpul 52 mata daripada 20 perlawanan dan bakal melengkapkan jadual perlawanan liga musim ini dengan bertemu T-Team pada 24 September dan aksi akhir menentang Selangor pada 22 Oktober depan.

Sementara itu Melaka United muncul juara Liga Perdana 2016 selepas mengikat seri 1-1 ke atas JDT II.

Melaka United mengumpul 49 mata daripada 20 perlawanan keseluruhan. 

Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu bakal melengkapkan dua perlawanan terakhir musim ini dengan bertemu PKNS (21 Sept) dan aksi akhir berdepan dengan Sime Darby pada 21 Oktober ini.





Tags / Kata Kunci: Juara liga super , juara liga perdana

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan