Bekas Penjaga Gol Kebangsaan 'Iron Gate' Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 10:49 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bekas penjaga gol kebangsaan era 50-an yang pernah digelar 'Iron Gate', Datuk Yusoff Abu Bakar, 81, meninggal dunia pada 6.15 petang  Jumaat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, akibat sakit tua.

Mengesahkan perkara itu ialah anak kedua Allahyarham, Yuzaily, 49, yang berkata arwah bapanya terlantar sakit sejak setahun lepas akibat penyakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

"Arwah ayah menghembuskan nafas terakhir di sisi emak dan adik-beradik yang lain. Memang sedih dengan pemergian ini dan ia bukan sahaja kehilangan terhadap industri bola sepak negara tapi juga bagi diri saya.

"Arwah seorang yang sangat suka bersembang dan murah hati. Bagaimanapun seminggu sebelum pemergiannya, beliau bana kurang selera makan akibat penyakit buah pinggang. Allahyarham yang pernah mengharumkan nama negara banyak mendiamkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Yuzaily berkata arwah bapanya dimasukkan ke HSB Selasa lepas, setelah keadaannya semakin tenat kera mempamerkan rekodcemerlang ketika mewakili Malaya pada Pesta Bola Merdeka 1958, telah berkhidmat dengan Jabatan Penjara sejak 1957.

Jawatan terakhir dipegangnya ialah Pengarah Penjara Alor Setar dari 1987hingga 1990.   

Selain Yuzaily, Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan, masing-masing berusia 51 dan 42 tahun, serta seorang isteri, Halimah Mohd Zain, 80.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Bukhari, AlorSetar pada 11 pagi Sabtu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Iron Gate , Datuk Yusoff Abu Bakar

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan