Kunanlan Kunci Mulut Isu Sarung Semula Jersi Kebangsaan

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketiadaan tonggak utama dikatakan sebagai antara faktor skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal mencatat keputusan yang lebih baik ketika tewas 0-3 kepada Indonesia pada Selasa lalu.

Tanpa berselindung, Kim Swee ketika ditemui media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menyatakan "kerinduannya" terhadap khidmat empat pemain utama yang mengambil keputusan untuk bersara di arena antarabangsa baru-baru ini.

Malah jurulatih berusia 46 tahun itu kelihatan terdesak untuk melakukan persiapan Piala AFF pada November ini apabila secara terbuka menyuarakan harapan agar empat pemain terbabit, Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Amirulhadi Zainal dan Safiq Rahim agar menyarung semula jersi kebangsaan bagi mengembalikan keseimbangan dalam Harimau Malaysia.

Namun begitu, S. Kunanlan yang dihubungi mStar Online pada Khamis, lebih gemar mendiamkan diri apabila ditanya sama ada masih berminat untuk beraksi buat negara jika diberi peluang.

Pemain berusia berusia 30 tahun itu yang kini beraksi untuk skuad Johor Darul Takzim (JDT) berkata, dia enggan mengulas lanjut tentang kenyataan Kim Swee, sebaliknya menyerahkan persoalan tersebut kepada pihak kelab.

Namun Kunanlan percaya pasukan bimbingan Kim Swee ketika ini masih boleh mencapai sesuatu tanpa kehadirannya.

Menyentuh tentang perlawanan menentang Indonesia, pemain kelahiran Selangor itu berkata, secara keseluruhannya pemain negara beraksi dengan baik tetapi hanya kesilapan menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

"Sukar untuk kembali bangkit jika ketinggalan dua gol pada awal permainan, lebih-lebih lagi akibat kesilapan mudah.

"Mereka (skuad negara) masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Ong Kim Swee , Kunanlan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan