Garuda Baham Harimau Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 7:00 AM

Fachruddin Wahyudi Aryanto cuba merampas bola dari pemain Malaysia, Wan Zack Haikal Wan Nor (kanan) semasa aksi persahabatan di Solo, Indonesia malam Selasa.

(Ubah saiz teks)

SOLO: Dua gol pantas Indonesia di awal permainan sudah cukup meleburkan cabaran Malaysia sebelum tuan rumah melengkapkan gol ketiga pada pertengahan babak pertama untuk menang 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Manahan di sini, malam Selasa.

Biarpun tuan rumah sudah setahun tidak beraksi dalam perlawanan antarabangsa akibat penggantungan, skuad Garuda jelas bagai pasukan yang lapar sehingga mudah membaham pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Laluan pasukan negara mula nampak sukar seawal minit keenam apabila ketua pasukan Boas Salossa membuka jaringan apabila pertahanan Malaysia gagal mengawal pergerakannya dari garisan tengah.

Belumpun reda sorakan penonton, kelalaian pertahanan skuad Harimau Malaysia sekali lagi dihukum empat minit kemudian, kali ini menerusi jaringan penyerang Irfan Haarys Bachdim.

Segala kebangkitan yang diharapkan skuad negara menjadi semakin pudar apabila pergerakan pantas pasukan Indonesia memaksa pemain negara berkampung di kawasan sendiri.

Akhirnya Boas sekali lagi menjadi pemusnah apabila bertindak pantas membawa bola secara solo dalam kotak penalti dan menghasilkan gol ketiga untuk Indonesia pada minit ke-21.

Babak kedua menyaksikan perubahan pada pasukan Malaysia dengan mula menguasai permainan dan melancarkan serangan demi serangan, namun kekentalan pertahanan Indonesia berjaya menyekat serangan pelawat.

Indonesia yang tampil lebih defensif berjaya mengekalkan kedudukan 3-0 sehingga tamat permainan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan