Mourinho Bertemu Guardiola, Ujian Buat Pengadil

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 9:06 AM

(Ubah saiz teks)

MARK Clattenburg dinamakan sebagai pengadil perlawanan ketika Manchester United bertemu Manchester City di Old Trafford pada Sabtu ini.

Namun apa yang menjadi persoalan bukanlah kemampuan pengadil tersebut mengawal permainan di atas padang apabila dua musuh berjiran itu bertemu.

Sebaliknya, adakah Clattenburg mampu mengawal dua watak di luar padang yang merupakan bekas rakan sekerja atau rakan baik di Barcelona.

Mereka ialah Jose Morinho (kanan) yang membimbing United dan pengendali City, Pep Guardiola (kiri).

Dua jurulatih hebat ini pernah menjadi musuh di Sepanyol dan persaingan mereka kini bersambung di Liga Perdana Inggeris.

Mourinho dan Guardiola bakal bertemu buat kali pertama di England walaupun kejayaan lebih memihak kepada pengendali United itu kerana pernah memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea.

Namun, kemampuan Guardiola juga juga tidak dapat dinafikan kerana jurulatih berkenaan berjaya memenangi kejuaraan di dua negara iaitu Sepanyol dan Jerman.

Dalam perlawanan itu, Clattenburg akan dibantu oleh Jake Collin dan Steve Bennett manakala Mike Dean selaku pengadil keempat.

Pangadil bakal diuji dari luar padang apabila kedua-dua jurulatih tersebut mempunyai karaktor agresif dalam memberi arahan kepada pemain.

Daily Mail melaporkan, kedua-dua mereka juga sering mempertikai dan mempengaruhi keputusan pengadil perlawanan.

Oleh itu, persaingan mereka dalam perlawanan 'panas' berkenaan bakal menguji kesabaran Clattenburg.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Manchester City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan