Setiap Tahun Pindah Kelab, Lucas Piazon Mula Bosan

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 12:30 PM

Piazon bakal beraksi bersama Fulham musim ini.

(Ubah saiz teks)

KELAB Liga Kejuaraan Inggeris, Fulham telah mengikat penyerang muda Chelsea, Lucas Piazon secara pinjaman.

Bagi Piazon,  pengalaman beraksi dengan pasukan baharu setiap musim sudah menjadi perkara rutin baginya dalam tempoh lima tahun dengan kelab yang berbeza-beza.

Pada musim baharu ini, Piazon dipinjamkan ke Fulham yang diharapkan kelab ini akan menjadi permulaan untuk karier tetapnya di England.



Pemain muda Brazil ini bakal berada di Craven Cottage sehingga Januari ini dan diberi pilihan untuk menyambung perjanjian sehingga penghujung musim ini.

Dalam pada itu, kontrak tetapnya bersama Chelsea hanya berbaki setahun sahaja lagi dan sekiranya Antonio Conte tidak mahu menggunakan khidmatnya, pemain Brazil Bawah 23 tahun itu akan mencari satu tempat yang boleh mengembangkan kariernya.
"Harapan saya agar mampu melakukan tugas dengan baik di Fulham. Ia sebuah kelab yang terkenal dengan tradisi.

"Mereka bermula dengan baik musim ini. Saya perlu berada di sesebuah kelab selama setahun agar sesebuah kelab boleh melihat diri saya sebagai pemain 'mereka' dan bukannya pemain dari Chelsea, yang pada satu masa akan kembali ke sana.

"Saya sudah penat berpindah randah ke serata negara. Satu, dua, atau tiga buah kelab sebagai pemain pinjaman itu sudah cukup bagi saya. 

"Sudah tiba masanya saya kekal di sebuah kelab lebih daripada setahun. Apabila  kekal di satu-satu tempat dalam apa jua keadaan, orang akan mula melihat dengan pandangan yang berbeza ke dalam diri kamu.

"Dan jika saya mendapat peluang untuk kekal lebih daripada satu tahun, saya akan lakukannya," jelas Piazon.

Fulham merupakan kelab kelima bagi Piazon yang menjadi pemain muda yang pernah menjadi rebutan dunia ketika tiba di Stamford Bridge dari Sao Paulo lima tahun lalu.

Dalam tempoh lima tahun itu, Piazon telah terbang ke beberapa negara termasuk Sepanyol, Belanda, Jerman dan Fulham merupakan kelab kedua dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris selepas Reading.

"Tidak masuk akal jika setiap tahun sebagai pemain pinjaman. Pada pendapat saya ia bukan sesuatu yang bagus untuk diri saya atau pemain lain.

"Saya tidak lagi nampak perkara yang positif. Untuk berada di tempat yang berbeza setiap tahun pada usia saya 22 tahun ini.

"Sangat sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasukan. Mereka mempunyai pemain sendiri. Apa yang kamu boleh lakukan ialah buat yang terbaik, cuba terpilih masuk ke skuad, beberapa minit di padang, cipta peluang gol dan jaringkan gol.

"Ketika berada di Jerman (Eintracht Frankfurt), saya terpaksa berlari 12km atau 13 km dalam setiap perlawanan.


 

"Selepas perlawanan pertama, saya terbaring di padang, hampir 'mati'.

"Saya perlu belajar dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dan mungkin jika dua atau tiga tahun berada di Jerman, saya  yakin boleh memberi kesan yang lebih baik," ujarnya.

Selain itu, Chelsea kini mempunyai 38 pemain yang dipinjamkan ke kelab lain.Sebelum permulaan setiap musim baharu, mereka akan kembali ke kelab untuk berlatih bersama-sama dengan pengurus Eddie Newton dan Paulo Ferreira.

Profil karier Lucas Piazon:

Chelsea (2012-) 3 penampilan, 0 gol

Malaga (pinjaman, 2012) 14 penampilan, 0 gol

Vitesse (pinjaman, 2013-14) 31 penampilan, 11 gol

Eintracht Frankfurt (pinjaman, 2014-15) 23 penampilan, 2 gol

Reading (pinjaman, 2015-16) 22 penampilan, 5 gol

Fulham (pinjaman, 2016-) 

Tags / Kata Kunci: Luca Piazon , Chelsea

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan