Indonesia Siasat Pemain Import Tanpa Permit Sah

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kementerian Sukan Indonesia pada Isnin memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemain bola sepak dan jurulatih asing yang tidak memiliki permit yang sah.

Portal Bangkok Post melaporkan, amaran itu dikeluarkan susulan pendedahan pemerhati sukan tempatan, Save Our Soccer yang mendakwa kira-kira 81 pemain dan jurulatih asing yang dipercayai berkhidmat untuk kelab masing-masing tanpa permit.

Jelas laporan pertubuhan itu yang disiarkan pada minggu lalu, kebanyakan mereka berasal dari Brazil dengan jumlah 29 orang manakala selebihnya dari Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Tambah Save Our Soccer, ramai pemain asing hanya mempunyai visa ketibaan, permit pelancongan selama 30 hari dan visa perniagaan yang digunakan untuk menyertai kelab tempatan.

Mengulas isu tersebut, jurucakap kementerian, Gatot Dewa Broto berkata, siasatan awal mendapati terdapat pemain import yang bermain secara haram di Indonesia.

Jelasnya, pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk menyiasat perkara itu dengan lebih mendalam kerana aktiviti tersebut menyalahi undang-undang.

"Sebaik sahaja siasatan selesai, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman," katanya tanpa mengulas jenis hukuman yang bakal diambil.

Pemain asing yang beraksi di Indonesia sering mengadu berhubung layanan buruk yang diberikan oleh kelab mereka termasuk isu gaji tidak dibayar sehingga menyebabkan pemain meninggal dunia akibat tidak mampu membayar kos perubatan.

Perkembangan terbaharu itu muncul ketika dunia bola sepak Indonesia baru selesai menjalani penggantung selama setahun oleh FIFA ekoran campur tangan kerajaan dalam liga domestik.

Indonesia dijadualkan menyertai semula perlawanan peringkat antarabangsa pada esok menerusi perlawanan persahabatan menentang Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan