Tiada Unsur Rasuah, FAM Tetap Teliti Kandungan Pendrive

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 5:13 PM

Datuk Hamidin Mohd Amin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap akan meneliti isi kandungan dalam pemacu pena yang diserahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang unsur rasuah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata dokumen itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil.

"Selepas menerima laporan lengkap mengenai siasatan pendrive itu daripada SPRM dalam tempoh terdekat ini, pihak persatuan akan meneliti dokumen tersebut sebelum melakukan sebarang tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Hamidin turut mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana  mengeluarkan satu kenyataan media berhubung keputusan siasatan berkenaan isu pendrive.

"Kenyataan SPRM itu telah menjelaskan sepenuhnya bahawa isi kandungan pendrive yang diserahkan Khairy Jamaluddin kepada SPRM pada 2 September lalu didapati tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada masa sama, Hamidin berkata FAM tetap prihatin mengenai saranan SPRM bagi proses penambahbaikan khususnya berhubung isu-isu teknikal yang telah dibangkitkan.

"Dengan penjelasan SPRM itu, diharap isu pendrive ini telah pun selesai dan ingin diperjelaskan lagi bahawa pihak persatuan sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk bekerjasama dalam apa juga isu termasuk SPRM dan mana-mana pihak atau penyokong demi kebaikan bola sepak Malaysia," katanya.

Terdahulu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya telah selesai menyiasat ‘pendrive’ kontroversi berkaitan FAM dan mendapati tiada sebarang unsur rasuah.

Menurut Azam, pihaknya akan menghantar laporan kepada FAM mengenai siasatan tersebut dalam masa terdekat.

"SPRM mengesahkan telah selesai meneliti isi kandungan ‘pendrive’ tersebut dan hasil penelitian mendapati ia tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

"Susulan itu, SPRM akan menghantar satu laporan kepada FAM bagi proses penambahbaikan dan tindakan persatuan itu khususnya mengenai isu-isu teknikal yang telah dibangkitkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tags / Kata Kunci: FAM , TMJ

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan