Schweinsteiger Dalam Skuad Rasmi Manchester United

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

BASTIAN Schweinsteiger tersenarai dalam skuad rasmi Manchester United bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

Masa depan pemain berusia 32 tahun itu dilihat kabur selepas pengurus baharu Jose Mourinho memberitahu kemungkinan 'sangat sukar' bagi pemain itu bergerak di bahagian tengah.

Namun dengan pengumuman tersebut, ia sedikit memberi kelegaan kepada Schweinsteiger yang beraksi buat kali terakhir untuk Jerman ketika menentang Finland Rabu lalu.

Malah berita tersebut turut memberi harapan kepada Schweinsteiger untuk memberi aksi terbaik agar tersenarai dalam perancangan Mourinho sepanjang musim ini.

Berdasarkan peraturan Liga Perdana, setiap kelab perlu menyerahkan senarai nama 25 pemain, termasuk perlu menyenaraikan lapan orang 'pemain tempatan'.

United mempunyai 15 pemain senior yang bukan terdiri lapan pemain terbabit (tempatan) sekaligus nama Schweinsteiger dimasukkan tanpa perlu menggugurkan pemain lain.

Schweinsteiger sebelum ini mendedahkan bahawa United mungkin menjadi kelab terakhirnya di Eropah dan dilaporkan bakal meraih pendapatan besar apabila berhijrah ke China atau Major League Soccer (MLS) Januari ini.

Senarai penuh skuad Manchester United:

Bailly, Blind, Carrick, Darmian, De Gea, Depay, El-Fitouri, Fellaini, Herrera, Ibrahimovic, Johnstone, Jones, Lingard, Mata, Mkhitaryan, Pogba, Rojo, Romero, Rooney, Schneiderlin, Schweinsteiger, Smalling, Valencia, Young

Pemain B-21 : Fosu-Mensah, Martial, Rashford, Shaw

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan