Skuad B-22 Negara Tewas Aksi Persahabatan Bertemu Bahrain

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 9:29 PM

Penjaga gol Pasukan Bahrain, Yaqoobb Saleh cuba menangkap bola dari tandukan pemain negara pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara B22 Malaysia bertemu B22 Bahrain di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jaringan penalti Hazza Ali Mubarak pada minit ke-90 menyaksikan skuad bawah 22 (B-22) negara tewas 1-2 kepada skuad B-22 Bahrain pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) petang Jumaat.

Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan gagal meraih sebarang jaringan pada babak pertama perlawanan sebelum Hazza Ali meledak gol pembukaan pada minit ke-53 setelah menerima hantaran rakan sepasukan.

Selang seminit kemudian, pemain gantian S. Kumaahran yang masuk pada awal babak kedua perlawanan berjaya mengikat kedudukan setelah menolak masuk hantaran silang daripada Nur Syahmie Iszuan Amin.

Hazza Ali mengesahkan kemenangan untuk pasukan pelawat menerusi sepakan penalti setelah kapten skuad B-22 negara, Mohamad Faris Shah menjatuhkan Ibrahim Malood di dalam kotak penalti.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan diStadium Shah Alam pada Selasa.

Ketua Jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt berkata beliau tidak panik dengan kekalahan itu tetapi menganggapnya sebagai amaran awal untuk anak buahnya memperbaiki mutu permainan mereka sebelum beraksi dalam Sukan SEA pada tahun depan yang mana Malaysia menjadi tuan rumah. 

"Kami tidak sepatutnya tewas dalam perlawanan ini tetapi kesalahan individu telah menghukum pasukan kami dan saya katakan mereka tidak bermain sebaik perlawanan pertama mereka.  

"Saya tidak panik dengan kekalahan ini tetapi ia merupakan ujian yang baikuntuk pemain sebelum beraksi di Sukan SEA tahun depan," kata jurulatih dari Jerman itu.

Jurulatih Bahrain, Marjan Eid pula berkata beliau gembira dengan keputusan hari ini dan memuji anak buahnya kerana mempamerkan permainan yang hebat menentang skuad negara dalam dua perlawanan persahabatan.

"Dua perlawanan kami menentang B-22 Malaysia agak sukar dan saya gembira kami akhirnya menang sekali terutamanya semasa bermain dalam kalendar FIFA. Saya juga agak terkejut dengan persembahan pemain Malaysia yang fizikal mereka agak kuat berbanding dengan pemain kami," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: B22 , Bahrain , Persahabatan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan