Wenger Guna Mustafi Pujuk Ozil

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berharap kehadiran pemain baharunya, Shkodran Mustafi dapat mengekalkan bintang The Gunners, Mesut Ozil di Emirates dengan menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu.

Portal Mirror melaporkan, Ozil, 27, hanya berbaki dua tahun kontrak bersama Arsenal dan situasi itu memberi tekanan kepada Wenger untuk mengekalkan satu daripada pemain utamanya.

Difahamkan, Ozil sudah berbincang tentang kontrak baharu tetapi rundingan itu tertangguh apabila dia mempersoalkan keupayaan Arsenal untuk memenangi trofi utama.

Shkodran Mustafi

Maka tidak hairanlah, Wenger sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat Mustafi dari Valencia bagi memantapkan skuad Arsenal pada musim ini.

Ozil dan Mustafi dilaporkan merupakan kawan baik, dan Wenger berharap pemain baharu tersebut dapat menggunakan pengaruhnya mengekalkan Ozil.

Selain Ozil, seorang lagi bintang Arsenal, Alexis Sanchez hanya berbaki dua tahun bersama The Gunners dan Wenger tidak akan melepaskan pemain kebangsaan Chile itu.

Tags / Kata Kunci: Arsenal

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan