Wilshere Sertai Bournemouth

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 10:07 AM

Jack Wilshere.

(Ubah saiz teks)

JACK Wilshere menyertai Bournemouth secara pinjaman selama satu musim dari Arsenal.

Pemain tengah England itu mengadakan rundingan dengan The Cherries dan Crystal Palace pada Selasa manakala Roma turut menyatakan minta untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun The Gunners enggan berurusan dengan Roma kerana kecewa dengan cara kelab Itali itu menguruskan perpindahan pemain pertahanan Kostas Manolas pada awal musim panas ini.

The Cherries turut berjaya memuktamadkan perpindahan pemain muda Romania, Mihai Dobre.

Pemain sayap berusia 18 tahun itu yang tiba dari FC Viitorul Constanta akan menyertai skuad Bawah 21 tahun Bournemouth.

Wilshere yang mewakili England dalam 34 penampilan di peringkat antarabangsa dan beraksi enam kali bersama skuad The Three Lions pada musim panas termasuk tiga perlawanan Euro 2016 tidak dinamakan dalam skuad utama Sam Allardyce minggu ini.

Pemain berusia 24 tahun itu melakukan 80 penampilan bersama Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris selama lapan tahun dan diturunkan dari bangku simpan sebanyak dua kali musim ini.

Wilshere menjadi pemain England kedua menyertai kelab lain secara pinjaman minggu ini selepas penjaga gol Manchester City, Joe Hart berhijrah ke Torino.
Tags / Kata Kunci: Jack Wilshere , Bournemouth , Arsenal

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan