Amri Yahyah Ketua Pasukan Harimau Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 6:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai kapten Harimau Malaysia ketika aksi persahabatan A bertemu Indonesia pada 6 September ini akhirnya terjawab apabila penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Amri Yahyah dipilih untuk menggalas tanggungjawab itu.

Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berkata pemilihan Amri dibuat selepas mengambil kira aksi konsistennya bersama skuad kebangsaan dan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada pemain berusia 35 tahun itu.

"Amri seorang pemain senior yang cukup konsisten dengan skuad kebangsaan yang menunjukkan ciri seorang pemimpin. Ini penting di mana kali ini ramai pemain muda bersama pasukan kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang media pengumuman perlawanan amal Hari Malaysia 2016 antara Harimau Malaysia dan Dugong All-Stars di Wisma FAM di sini Khamis.

Menurut Kim Swee, pemilihan Amri yang dikatakan agak berusia bukan satu isu besar kerana beliau pernah menggalas tanggungjawab penting itu semasa Harimau Malaysia bertemu Timor Leste pada Jun lalu.

"Saya tak nampak satu masalah yang besar di sana.  Sebelum ini dia pernah jadi ketua pasukan apabila Safiq (Rahim) bermain ketika menentang Timor Leste. Dia juga jadi idola sesetengah pemain dalam pasukan kebangsaan," katanya.

Malah Kim Swee yakin Amri masih berupaya memperkuat skuad kebangsaan meskipun beliau kini sudah mencecah usia 35 tahun.

"Jika kita lihat sejarah sebelum ini, Amri seorang penyerang konsisten. Dia boleh menjaringkan gol walaupun bermain hanya 20 minit atau 30 minit sahaja," katanya.

Kim Swee berkata Amri sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan beliau bersetuju menggalas tugas penting berkenaan.

"Saya tak perlu berbincang panjang lebar tetapi dengan apa yang saya maklumkan pada semua pemain, saya percaya tiada sebarang halangan untuk dia jalankan tugas. Dia bersetuju," katanya.

Malaysia akan bertemu Indonesia pada perlawanan persahabatan antarabangsa A  di Stadium Manahan, Solo pada 6 September ini.

Skuad 24 pemain kebangsaan:

1. Mohamad Fadhli Mohd Shas - Pertahanan (JDT)

2. Mohd Amri Yahyah - Penyerang (JDT)

3. Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham - Pertahanan (JDT)

4. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid - Penjaga gol (Selangor)

5. Ahmad Hazwan Bakri - Penyerang (Selangor)

6. Veenod A/L Subramaniam - Tengah (Selangor)

7. Adam Nor Azlin - Tengah (Selangor)

8. Khairul Fahmi Che Mat - Penjaga gol (Kelantan)

9. Brendan Gan Seng Ling - Tengah (Kelantan)

10. Wan Zack Haikal Wan Nor - Tengah (Kelantan)

11. Mohammad Amer Saidin - Pertahanan (JDT II)

12. Mohd Irfan Fazail - Tengah (JDT)

13. Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak - Penyerang (JDT II)

14. Shahrul Mohd Saad - Pertahanan (Perak)

15. Nazirul Naim Che Hashim - Pertahanan (Perak)

16. Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy - Penjaga gol (Perak)

17. Abdul Latiff Suhaimi - Tengah (PDRM)

18. Muhammad Fakrul Aiman Sidid - Tengah (PDRM)

19. Baddrol Bakhtiar - Tengah (Kedah)

20. Ahmad Fakri Saarani - Tengah (Felda United)

21. Ronny Harun - Pertahanan (Sarawak)

22. Khair Muhammad Jefri Jones - Pertahanan (Melaka)

23. Matthew Thomas Davies - Pertahanan (Pahang)

24. Muhammad Safawi Rasid - Tengah (T-Team)

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan