David Luiz Kembali Bersama Chelsea

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 8:01 AM

David Luiz

David Luiz

(Ubah saiz teks)

CHELSEA telah menandatangani semula perjanjian dengan pemain pertahanan Brazil, David Luiz dari Paris St-Germain (PSG) dengan bayaran sekitar £34 juta.

Pemain berusia 29 tahun itu terbang ke London untuk menjalani ujian perubatan ketika The Blues mengesahkan menandatangani bek kiri, Marcos Alonso dari Fiorentina untuk nilai yang dilaporkan berjumlah £23 juta, lapor BBC Sport.

Luiz kembali ke Stamford Bridge untuk perjanjian selama tiga tahun.

Dia mula menyertai Chelsea dari Benfica dengan nilai £21.3 juta pada Januari 2011 dan membuat 143 penampilan sebelum meninggalkan kelab itu untuk menyertai PSG dengan nilai £40 juta pada 2014.


Luiz memenangi gelaran Liga Juara-Juara dan Piala FA dengan Chelsea pada tahun 2012, serta Liga Europa setahun kemudian.

Bersama PSG, dia menjulang dua gelaran untuk Ligue 1.

Sementara itu, Alonso telah berhijrah ke Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga dalam kerjayanya.

Pemain Sepanyol berusia 25 tahun ini bermain untuk Bolton sebanyak 46 kali pada 2010-2013 sebelum berpindah ke Fiorentina dan dipinjamkan selama empat bulan di Sunderland pada 2014.

"Sudah tiba masanya untuk saya untuk memenangi beberapa gelaran. Ia adalah satu langkah dalam kerjaya saya," kata Alonso di laman web Chelsea.

Cesar Azpilicueta adalah pilihan utama bek kiri Chelsea, yang telah meminjamkan Baba Rahman ke Schalke musim panas ini.

"Keluarga dan kawan-kawan rapat tahu bahawa saya sering mengimpikan untuk bermain bersama Chelsea," tambah Alonso.


"Saya benar-benar teruja dengan cabaran ini dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan rakan sepasukan baharu saya."

Pemain sayap Chelsea Juan Cuadrado, 28, telah menyertai semula Juventus dengan perjanjian pinjaman selama tiga tahun.
Tags / Kata Kunci: David Luiz , Marcos Alonso , Stamford Bridge

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan