Tiada Latihan Sepenuh Masa Skuad B-22

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 8:55 PM

Rozabil Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk skuad Projek Sukan SEA 2017 menjalani latihan sepenuh masa dari Januari sehingga temasya itu pada Ogos tahun depan, tidak kesampaian.

Malah mesyuarat antara pengurusan pasukan bawah 22 tahun (B-22) dan persatuan negeri serta kelab pada Selasa, gagal mencapai kata sepakat walaupun FAM bersetuju membayar gaji pemain sepanjang tempoh itu.

Sebaliknya, pengurus pasukan skuad B-22, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata pada dasarnya kebanyakan persatuan bersetuju melepaskan pemain menjalani latihan di bawah kendalian Frank Bernhardt secara latihan separa berpusat diikuti kem latihan berpusat.

"Tujuan mesyuarat hari ini adalah mencari persetujuan daripada semua pasukan Liga Malaysia untuk membenarkan pemain mereka yang terpilih, terlibat dalam persiapan Sukan SEA tahun depan.

"Namun hasil perbincangan sebentar tadi, masih tidak mencapai kata putus kerana setiap pasukan mempunyai pendapat yang berbeza," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini Selasa.

Menurut Rozabil, tiga pilihan diberikan kepada persatuan negeri dan kelab iaitu kem latihan berpusat (Jan-Ogos), panggilan separa berpusat (Jan-April) diikuti kem latihan berpusat (Mei-Ogos) atau mengekal sistem sedia ada iaitu panggilan separa berpusat sahaja.

"Pada dasarnya mereka bersetuju menimbang pilihan kedua iaitu menjalani latihan separa berpusat dan kem latihan berpusat," katanya.

Kebanyakan kelab dikatakan sukar melepaskan pemain bagi tempoh lama kerana masing-masing menjadi tonggak pasukan mereka di Liga Malaysia.

Bagi skuad B-22 ini, kebanyakan pemain yang dipanggil adalah daripada pasukan Kedah dan Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan