Pestabola Merdeka Patut Dihidupkan Semula - Bekas Pemain

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hari Kebangsaan 2016 yang disambut Rabu ini semestinya dinantikan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dizahirkan rakyat untuk menunjukkan rasa cinta kepada tanah air, begitu juga menerusi bidang sukan.

Kecintaan terhadap negara dizahirkan melalui semangat pemain atau atlet yang bertanding untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa manakala sokongan padu peminat juga sebahagian daripadanya.

Sukan bola sepak adalah antara sukan paling diminati rakyat negara ini dan apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957, Pestabola Merdeka turut dianjurkan buat kali pertama yang menjadi acara tahunan sehingga 1988.

Bagi beberapa bekas pemain bola sepak kebangsaan yang dihubungi Bernama, penganjuran semula Pestabola Merdeka yang kali terakhir diadakan pada 2013 adalah antara cara untuk pemain tempatan melahirkan rasa cinta kepada negara.

Bekas pemain kebangsaan era 70-an dan 80-an, Hassan Sani berkata kejohanan tersebut patut dianjurkan semula terutamanya pada bulan kebangsaan ini kerana ia begitu dekat di hati pemain dan peminat khususnya sekitar 70-an.

Katanya beberapa kuasa utama bola sepak ketika itu seperti Jepun, Korea Selatan turut menyertai kejohanan tersebut, sekali gus memberi saingan sengit kepada skuad kebangsaan yang menikmati detik kegemilangan menerusi kelincahan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang begitu digeruni lawan.

"Saya masih ingat lagi ketika saya mewakili skuad kebangsaan pada 1979 hingga 1986, semangat diberikan rakan sepasukan ketika itu begitu berkobar-kobar dan kami hanya mahukan kemenangan tanpa memikirkan habuan.

"Kejohanan ini bagi saya sepatutnya dihidupkan semula kerana kita sedang berada dalam bulan kemerdekaan selain kami selaku pemain veteran dapat mengimbau kembali kenangan lama ketika mewakili skuad negara," jelas bekas pemain Sabah itu.

Hassan yang merupakan antara tonggak utama yang membantu skuad kebangsaan layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, menegaskan perpaduan jelas utuh dalam skuad kebangsaan yang ketika itu diwakili hampir kesemua bangsa daripada pelbagai latar belakang.

"Saya masih ingat lagi pasukan kita ketika itu diwakili pemain Melayu, Cina, India serta Sikh, namun sayangnya kepelbagaian kaum tidak boleh lagi dilihat dalam skuad kebangsaan ketika ini," jelasnya yang kecewa dengan prestasi semasa skuad Harimau Malaysia yang merudum.

Berkongsi pandangan sama adalah bekas pemain tengah kebangsaan era 70-an dan 80-an, Bakri Ibni yang menyifatkan nama kejohanan itu sendiri berjaya menarik perhatian beberapa negara termasuk dari luar benua Asia.

Bekas pemain dan jurulatih Perlis itu menegaskan, kepesatan pembangunan yang terdapat di Kuala Lumpur pada era 80-an turut mendorong beberapa pasukan luar seperti Maghribi dan Iraq menyertai kejohanan tersebut.

"Saya bukan bercakap besar tapi nama kejohanan itu sendiri sudah gah selain kepesatan pembangunan di bandar Kuala Lumpur itu sendiri menarik perhatian pasukan luar menyertai Pestabola Merdeka.

"Saya masih ingat kemeriahan kejohanan ini pada era 70-an dan 80-an begitu dirasai peminat yang memenuhi setiap sudut stadium bagi memberikan sokongan kepada pemain kebangsaan, tak kira pemain itu bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya.

"Kejohanan ini juga pernah diadakan di luar Kuala Lumpur seperti di Ipoh dan Kota Baharu di mana penduduk di sana sanggup mengambil cuti pada hari tersebut untuk melihat kelibat Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari," kata Bakri.

Sehubungan itu, beliau meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kembali mewujudkan kejohanan tersebut yang mempunyai catatan sejarah tersendiri.

Kali terakhir Pestabola Merdeka diadakan adalah pada 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang menyaksikan skuad bawah 22 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee muncul juara selepas menang 2-0 ke atas Myanmar pada aksi final. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan