McKenna Jurulatih Baharu Bawah 18 Tahun United

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mengukuhkan akademi bola sepak mereka dengan melantik jurulatih muda berbakat, Kieran McKenna dari Tottenham Hotspur.

McKenna ,30, merupakan bekas pemain Spurs namun terpaksa bersara lebih awal selepas mengalami kecederaan  pinggul dan menggunakan pengalamannya sebagai jurulatih Bawah 18 Tahun (B-18) di kelab tersebut.

McKenna menjadi jurulatih skuad remaja Spurs selepas bersara sebagai pemain kerana kecederaan.


Sebelum itu, McKenna  merupakan pemain tengah bersama sebuah kelab di Ireland Utara, Enniskillen. 

Sentuhannya dalam mengendalikan skuad remaja di Spurs telah menarik minat pengurusan di Old Trafford bagi mengisi kekosongan poisisi jurulatih B-18 United yang ditinggalkan Paul McGuinness pada Februari lalu.

Sebagai rekod bergelar jurulatih, McKenna  telah membawa skuad B-18 Tottenham ke saingan separuh akhir Piala FA Remaja pada tahun 2015.

Skuadnya berjaya menewaskan Chelsea 2-0 di White Hart Lane namun tewas dalam aksi timbal balik di Stamford Bridge dengan keputusan 5-2 sekaligus memberikan kemenangan agregat 5-4 kepada The Blues.

Jurulatih muda yang berkebolehan ini mengakui mahu pemain-pemainnya berada di tahap terbaik bagi memastikan mereka layak ke skuad utama.

Kata McKenna, bukan keutamaannya untuk memenangi Piala FA Remaja, tetapi dia mahu melihat prestasi individu yang mantap untuk diserapkan ke skuad utama.

McKenna bakal memulakan tugasnya di Carrington secara rasmi pada Isnin.

Dalam pada itu, United tetap memberi perhatian terhadap prestasi di akademinya bagi memastikan pemain-pemain muda mereka sentiasa bersedia untuk dimasukkan ke skuad utama dan tidak ada masalah ketandusan pemain berbakat.

Terbaharu, skuad B-18 United berjaya menewaskan Everton 5-1 yang menyaksikan Angel Gomes melakukan hatrik dan diikuti jaringan pemain baharu dari Switzerland Nishan Burkhart dan DJ Buffonge yang melengkap keputusan itu.

Angel Gomes


Manakala skuad B-12 United pula berjaya mengikat Chelsea seri 1-1 di Leigh pada Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan